Tips Menggosok Tudung Mengikut Jenis Tudung

Sebelum menggosok sesuatu tudung, iron yang digunakan mestilah sesuai dengan tekstur tudung yang ingin digosok. Bagi mengelakkan kerosakan pada tudung tersebut.

TUDUNG BAWAL
Hanya perlu mengawal suhu seterika supaya tidak terlalu panas. Jangan lupa gunakan semburan air bercampur pelembut untuk memudahkan lagi gosokan.Untuk yang mempunyai manik atau sulaman, hanya perlu digosok di bahagian belakang sulaman.


TUDUNG LYCRA
Tudung ini hanya perlu digosok dengan menggunakan suhu yang sederhana. Ini kerana, struktur kainnya yang mudah digosok dan sukar berkedut.

SELENDANG KAPAS SPANDEX
Selendang ini agak keras sedikit kainnya tetapi sangat mudah dipakai dan dibentuk.. Gunakan suhu empat atau lima semasa menggosok selendang ini kerana jenis kain yang kasar dan tahan kepanasan.



BACA: 3 Tips Simpan Tudung Supaya Kurang Berkedut

TUDUNG AWNING
Tudung yang paling digemari kerana mudah dipakai. Penjagaan yang rapi pada bahagian awning tudung agar tidak patah atau rosak. Cara menggosoknya sangat mudah dan ringkas. Ia hanya perlu digosok di bahagian dalam awning dengan suhu yang rendah. Tetapi perlu diingat, semasa membeli tudung, perlu mengambil tahu adakah awning nya perlu digosok atau tidak? Jika jenis awning yang tidak boleh digosok hingga menyebabkab kertasnya mengecut, gunakan pelapik seperti kain kapas dan diletakkan di bahagian dalam awning. Jangan sesekali menyembur air pada bahagian awning tudung kerana dikhuatiri akan merosakkan awning tudung tersebut.


TUDUNG AWNING BERMANIK
Ia sama dengan tudung awning yang lain. Cuma bezanya ia mempunyai manik pada bahagian awning dan menyukarkan proses menggosok. Cara menggosok iaitu gosok pada bahagian dalam awning tetapi jangan terlalu kuat kerana ia bakal meninggalkan kesan pada tudung Kaedah dry clean adalah sangat baik. Guna suhu yang rendah dan sederhana.

BAWAL SATIN
Corak pada selendang ini sememangnya cantik dan menarik tetapi agak sukar dipakai kerana strukturnya yang terlalu licin. Ia sesuai dipakai bersama anak tudung jenis kain yang kasar. Selendang ini bersifat sejuk dan sukar berkedut. Suhu yang sesuai digunakan ialah dua dan tiga, ia bagi mengelakkan kain selendang mengecut akibat panas.

Previous
Next Post »
0 Komentar