3 Tips Simpan Tudung Supaya Kurang Berkedut



Sebagai wanita yang berhijab, anda pasti memiliki koleksi tudung yang pelbagai dan mungkin agak sukar untuk anda menguruskan tudung-tudung itu dengan kemas di dalam almari pakaian anda. Di sini, kami akan kongsikan beberapa cara dan idea baru untuk menyusun koleksi tudung anda. Ada di antaranya memerlukan anda membeli sesuatu daripada kedai dan ada juga cara yang memerlukan anda untuk merekanya sendiri. Ok mari kita mulakan!


1. Bakul

Menyimpan tudung di dalam bakul merupakan cara yang murah jika anda tidak mahu membeli apa-apa perabot yang baru. Ini cara yang amat mudah kerana anda hanya perlu membelinya di mana-mana kedai runcit dan ianya tidaklah mahal. Cara ini sesuai bagi tudung yang berawning. Sila lipat dan gulung tudung sehingga paras leher tudung sahaja. Jangan gatal tangan pi lipat bahagian awning. Selepas menggulung, letakkan di dalam bakul mengikut kepanjangan tudung supaya anda lebih mudah mencari tudung untuk dipakai. Bakul-bakul ini juga mudah disimpan di bawah katil atau pun di dalam almari pakaian.





2. Hanger gelung

Cara lain untuk menguruskan koleksi tudung anda adalah dengan membeli penyangkut yang direka khas untuk menyusun hijab-hijab. Jika anda tidak menjumpai penyangkut khas untuk tudung ini, anda boleh juga menggunakan penyangkut baju biasa sebagai ganti. Ia adalah satu lagi cara yang menjimatkan kos dan juga amat senang untuk diuruskan untuk jangka masa yang lama.


BACA: Tips Menggosok Tudung Mengikut Jenis Tudung

3. DIY hanger

Jika anda sedang berada dalam mood rajin untuk mencipta sesuatu yang kreatif, apa kata anda beli satu paket relung langsir bilik mandi di kedai berhampiran dan tambahkannya pada penyangkut-penyangkut baju yang ada di rumah anda. Satu perkara yang kami suka mengenai cara penyusunan tudung ini ialah anda hanya memerlukan bahan-bahan yang mungkin sudah ada di rumah anda! Ia tidak memerlukan apa-apa alat pertukangan, malah ia menyenangkan anda untuk mengambil tudung yang disusun pada penyangkut baju itu. Cara ini sangat sesuai untuk hari-hari anda yang sibuk, di mana anda tidak mempunyai masa untuk melipat setiap tudung; anda hanya perlu mengambilnya untuk dipakai, dan menggantungnya semula setelah dipakai. Sungguh senang!




Demikianlah tips menyusun hijab daripada kami! Kami harap entri ini sedikit-sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah anda sebagai wanita yang berhijab.

Sumber gambar: http://a3lina.blogspot.my/2010/06/sangkut-tudung-cantik.html

Tips Menggosok Tudung Mengikut Jenis Tudung

Sebelum menggosok sesuatu tudung, iron yang digunakan mestilah sesuai dengan tekstur tudung yang ingin digosok. Bagi mengelakkan kerosakan pada tudung tersebut.

TUDUNG BAWAL
Hanya perlu mengawal suhu seterika supaya tidak terlalu panas. Jangan lupa gunakan semburan air bercampur pelembut untuk memudahkan lagi gosokan.Untuk yang mempunyai manik atau sulaman, hanya perlu digosok di bahagian belakang sulaman.


TUDUNG LYCRA
Tudung ini hanya perlu digosok dengan menggunakan suhu yang sederhana. Ini kerana, struktur kainnya yang mudah digosok dan sukar berkedut.

SELENDANG KAPAS SPANDEX
Selendang ini agak keras sedikit kainnya tetapi sangat mudah dipakai dan dibentuk.. Gunakan suhu empat atau lima semasa menggosok selendang ini kerana jenis kain yang kasar dan tahan kepanasan.



BACA: 3 Tips Simpan Tudung Supaya Kurang Berkedut

TUDUNG AWNING
Tudung yang paling digemari kerana mudah dipakai. Penjagaan yang rapi pada bahagian awning tudung agar tidak patah atau rosak. Cara menggosoknya sangat mudah dan ringkas. Ia hanya perlu digosok di bahagian dalam awning dengan suhu yang rendah. Tetapi perlu diingat, semasa membeli tudung, perlu mengambil tahu adakah awning nya perlu digosok atau tidak? Jika jenis awning yang tidak boleh digosok hingga menyebabkab kertasnya mengecut, gunakan pelapik seperti kain kapas dan diletakkan di bahagian dalam awning. Jangan sesekali menyembur air pada bahagian awning tudung kerana dikhuatiri akan merosakkan awning tudung tersebut.


TUDUNG AWNING BERMANIK
Ia sama dengan tudung awning yang lain. Cuma bezanya ia mempunyai manik pada bahagian awning dan menyukarkan proses menggosok. Cara menggosok iaitu gosok pada bahagian dalam awning tetapi jangan terlalu kuat kerana ia bakal meninggalkan kesan pada tudung Kaedah dry clean adalah sangat baik. Guna suhu yang rendah dan sederhana.

BAWAL SATIN
Corak pada selendang ini sememangnya cantik dan menarik tetapi agak sukar dipakai kerana strukturnya yang terlalu licin. Ia sesuai dipakai bersama anak tudung jenis kain yang kasar. Selendang ini bersifat sejuk dan sukar berkedut. Suhu yang sesuai digunakan ialah dua dan tiga, ia bagi mengelakkan kain selendang mengecut akibat panas.

6 Tips Efektif Basuh Tudung Supaya Tidak Cepat Rosak

Setiap orang mesti pernah hadapi masalah nak jaga tudung dengan baik. Paling sayang bila tudung yang disukai tiba-tiba jadi ‘rosak’ bila dibasuh. Malah kadang-kadang tudung jadi turun warna sehingga warna jadi tak cantik! Sayang kan? Dah beli mahal-mahal, rosak pulak.

Ini lah orang selalu kata selesaikan masalah daripada akar umbinya. Kita kena tahu teknik yang betul untuk basuh tudung. Maka kami kongsikan beberapa tips yang boleh diprakktikan bagi menyelamatkan tudung dari ‘rosak’ dan jadi ‘tak best’.

1. Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci. Kami tahu ramai suka meramas tudung ketika mencuci. Kononnya nak lebih bersih. Cara ini boleh merosakkan tudung. Cara yang betul adalah cukup dengan mencelup dan mengangkat tudung beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

2. Bagi tudung yang mempunyai awning, pastikan bahagian awning berada diatas ketika membasuh dan mencelup. Celupan mesti bermula dari bahagian bawah tudung, kemudian celup ke dalam air biasa untuk bilasan.

3. Selepas selesai celup dan angkat beberapa kali, rendamkan tudung sebentar di dalam campuran air bersama pelembut selama 10-15 minit. Selepas 15 minit, bilas tudung tersebut bersama air bersih. Jemur di kawasan yang redup. Elakkan menjemur tudung di bawah cahaya matahari yang terlalu terik. Jika tidak, lama-kelamaan, tudung akan menjadi rosak dan warna akan menjadi pudar.


4. Apabila anda mahu menjemur tudung, jemur di kawasan yang redup. Elakkan menjemur tudung di bawah cahaya matahari yang terlalu terik. Jika tidak, lama-kelamaan, tudung akan menjadi rosak dan warna akan menjadi pudar.


5. Untuk mencuci tudung, elakkan membasuh menggunakan mesin basuh kerana ia berpeluang merosakkan tudung. . Cukuplah sekadar mencuci dengan tangan.


6. Biasakan diri untuk mencuci tudung bersama tudung sahaja dan tidak mencampurkan dengan kain atau pakaian lain. Banyak kes di mana warna baju turun dan merosakkan tudung. Maka untuk mengelakkan hal ini berlaku, asingkan tudung sebelum mencuci dan basuh tudung sahaja.

Bagi tudung keluaran Tudung Travel kami nasihatkan anda agar membasuh dengan cucian tangan kerana kami tahu tudung tersebut terlalu berharga untuk di'rosakkan'. Malah kami juga tidak ingin tudung yang dibeli tiba-tiba menjadi pudar kerana tersilap langkah dalam mencuci.

Tudung Travel Khas Untuk Kaki Travel!

>> INGIN TRAVEL WITH STYLE?? <<

Bila travel mesti nak selfie and spam banyak-banyak dekat IG kan? Tapi bila tudung tak jadi mesti moody and terus taknak selfie.

1) Tak perlu iron
Pakai dalam kereta pun takde hal! Suami gembira bila isteri cepat bersiap! Tudung ni akan tolong banyak kaum wanita!

2) Ringkas dipakai dan mudah dibentuk

Sesuai laaaa untuk wanita berkerjaya, mak2 yang kena uruskan anak, traveller yang backpack, student yang busy kannn!

Inginkan trend tudung terkini yang nampak lebih bergaya?

Dapatkan wajah yang lebih anggun dan ayu semasa travel dengan INSTANT NAJJAH CAMILLA BY TUDUNG TRAVEL

Kenapa anda WAJIB grab INSTANT NAJJAH CAMILLA BY TUDUNG TRAVEL??

✈Tak Perlu Iron
✈ Tak Perlu Inner
✈ Tak Jarang
✈ Tak Perlu Pin
✈ Syariah Compliance
✈Labuh Adjustable from S to size L.
✈Travel Friendly
✈Spec Friendly
✈Helmet Friendly
✈Breastfeed Friendly
✈Anti tembam
✈1 Shawl,Unlimited Style

Nak order? Sila WhatsApp je sis 0177234567 NOW!!

Sis bagi amaran awal-awal. Stok memang banyak, tapi cepat je habis! So maaf tak dapat jamin lah kalau yang contact lambat tu.


Frequently Asked Questions (FAQ)

Tudung Travel ada colour apa je?
Tudung Travel ada 21 colour yang confirm buat anda semua rambang mata. Pelbagai colour yang ditawarkan, dari colour gelap, terang, lembut, blocking ke pastel semua available!


Tudung Travel ada size apa je?
Tudung Travel ada pelbagai size, iaitu labuh adjustable dari S size ke XL size dan yang penting ianya patuh syariah compliance dengan mempunyai ukuran 2.0M x 0.7M.

Material Tudung Travel diperbuat daripada apa?
Material Tudung Travel mempunyai 3 jenis yang telah digunakan, iaitu lycra cotton, viscose spandex dan jersey. Yang pasti kami amat mementingkan keselesaan pelanggan kami, dengan mengkhususkan penggunaan material yang tidak jarang dan tidak perlu iron.

Kalau saya nak borong, boleh ke nego atau diskaun?
Sudah tentu ada diskaun bila anda borong tudung keluaran kami! Berikut merupakan diskaun yang kami sediakan untuk anda:
10-20 helai- 5% diskaun
20-40 helai- 10% diskaun
40 helai ke atas – 15% diskaun

Kalau saya nak postage, berapa bayaran dikenakan?
Bayaran postage dikenakan mengikut berat tudung yang anda beli dari kami. Kami menggunakan perkhidmatan penghantaran yang cepat, on-time dan cas penghantaran parcel yang berpatutan iaitu Pos Laju. Harga postage bagi Semenanjung lebih murah berbanding postage ke Sabah dan Sarawak. Berikut merupakan pricelist postage yang dikenakan bagi area Semenanjung:
100g - 500g - RM6
500g - 750g - RM7
750g -1kg - RM9
1kg - 1.25kg - Rm10
1.25kg - 1.5kg - Rm12
1.5kg - 1.75kg - Rm13
1.75kg - 2kg - Rm14
Below 2.5kg - Rm21

Kalau saya nak walk-in terus ke store, butik Tudung Travel terletak dekat mana?
Anda boleh walk-in terus ke butik kami. Tudung Travel mempunyai 3 outlet butik iaitu, di Seksyen 7, Shah Alam, Bangi Sentral dan Johor Bharu.

Kalau saya nak Cash On Delivery (COD), boleh ke?
Kami menyediakan cash on delivery di beberapa tempat, dan ianya semua dibantu oleh agen sah yang berdaftar di bawah syarikat Tudung Travel. Untuk maklumat lanjut atau pengesahan agen berdaftar di bawah syarikat kami, anda boleh call HQ Tudung Travel di talian 03 - 4545 6700.

Kalau tudung yang saya dah beli ada defect, boleh ke saya refund balik?
Pertukaran/pemulangan hanya akan dibenarkan sekiranya terdapat kerosakan atau tersalah mengepos barang dari pihak kami. Sekiranya pertukaran barang di atas sebab kerosakan/tersalah hantar oleh pihak kami, kos penghantaran untuk pemulangan/pertukaran akan ditanggung oleh pihak Tudung Travel. Refund dibenarkan atas sebab ada defect pada barang. Perlu dimaklumkan kepada kami dalam masa 3 hari bekerja.

Bila selalu Tudung Travel buat sale?
Syarikat Tudung Travel memfokuskan sale pada hari perayaan, terutama sekali pada Hari Raya. Sale juga turut dilakukan pada akhir bulan dan penghujung bulan Disember di mana kami menawarkan diskaun terhangat

Sekiranya saya berminat dengan tudung keluaran Tudung Travel, macamana cara nak order?
Anda boleh terus merujuk kepada agen sah yang berdaftar di bawah syarikat Tudung Travel atau menghubungi terus stokis kami di talian 03-3165 7788.