Ini lah orang selalu kata selesaikan masalah daripada akar umbinya. Kita kena tahu teknik yang betul untuk basuh tudung. Maka kami kongsikan beberapa tips yang boleh diprakktikan bagi menyelamatkan tudung dari ‘rosak’ dan jadi ‘tak best’.
1. Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci. Kami tahu ramai suka meramas tudung ketika mencuci. Kononnya nak lebih bersih. Cara ini boleh merosakkan tudung. Cara yang betul adalah cukup dengan mencelup dan mengangkat tudung beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
2. Bagi tudung yang mempunyai awning, pastikan bahagian awning berada diatas ketika membasuh dan mencelup. Celupan mesti bermula dari bahagian bawah tudung, kemudian celup ke dalam air biasa untuk bilasan.
3. Selepas selesai celup dan angkat beberapa kali, rendamkan tudung sebentar di dalam campuran air bersama pelembut selama 10-15 minit. Selepas 15 minit, bilas tudung tersebut bersama air bersih. Jemur di kawasan yang redup. Elakkan menjemur tudung di bawah cahaya matahari yang terlalu terik. Jika tidak, lama-kelamaan, tudung akan menjadi rosak dan warna akan menjadi pudar.

4. Apabila anda mahu menjemur tudung, jemur di kawasan yang redup. Elakkan menjemur tudung di bawah cahaya matahari yang terlalu terik. Jika tidak, lama-kelamaan, tudung akan menjadi rosak dan warna akan menjadi pudar.
5. Untuk mencuci tudung, elakkan membasuh menggunakan mesin basuh kerana ia berpeluang merosakkan tudung. . Cukuplah sekadar mencuci dengan tangan.
Bagi tudung keluaran Tudung Travel kami nasihatkan anda agar membasuh dengan cucian tangan kerana kami tahu tudung tersebut terlalu berharga untuk di'rosakkan'. Malah kami juga tidak ingin tudung yang dibeli tiba-tiba menjadi pudar kerana tersilap langkah dalam mencuci.
0 Komentar